USTAZAH JAMILAH

USTAZAH JAMILAH

Saturday, 30 July 2011

SESI TEMURAMAH BERSAMA USTAZAH JAMILAH..

Biodata Usatazah Jamilah

Sharifah: Assalamuailaikum, ustazah. Sharifah sungguh lama tidak berjumpa dengan ustazah sejak bulan  5 lagi.
Ustazah Jamilah : Walaikumussalam. Memang agak lama ustazah tidak berjumpa dengan sharifah juga.
Sharifah : Ustazah, apa khabar?
Ustazah Jamilah : Khabar baik.
Sharifah : Sebenarnya, sharifah ingin menemu ramah ustazah jamilah kerana ini merupakan tugasan agama untuk ctu 101. Adakah ustazah sudi untuk ditemu ramah?
Ustazah Jamilah : Ya, apa salahnya. Ustazah sudi membantu sharifah dan sedia untuk ditemu ramah oleh sharifah.
Sharifah : Terima kasih ustazah. Nama penuh ustazah?
Ustazah Jamilah : Sama -sama. Nama sebenar ustazah ialah Jamilah Binti Abdul Hamid.
Sharifah : Ustazah , berasal dari mana?
Ustazah Jamilah :  Ustazah berasal dari kedah.
Sharifah : Berapakah umur ustazah?
Ustazah Jamilah : Ustazah berumur 53 tahun.
Sharifah : Berapakah tarikh lahir ustazah?
Ustazah Jamilah : Ustazah dilahirkan pada tarikh 19 / 7 / 1958.
Sharifah : Apakah pekerjaan ustazah?
Ustazah Jamilah : Pekerjaan ustazah ialah mengajar  anak - anak atau murid -murid dengan lebih mendalam mengenai agama islam dan Al -Quran.
Sharifah : Bolehkah ustazah memberi contoh?
Ustazah Jamilah : Sebagai contohnya pada waktu siang , ustazah akan menjadi guru agama di Tadika Islam Masjid Darul Ehsan di Selangor manakala pada waktu malam atau petang pula , Ustazah akan mengajar mengaji Al - Quran termasuk sekali dengan hukum tajwid.
Sharifah : Apakah jawatan ustazah di Tadika Islam Masjid Darul Ehsan?
Ustazah Jamilah : Jawatan ustazah iaitu sebagai pengetua di Tadika Islam Masjid Darul Ehsan.


Pendidikan
Sharifah : Apakah kelulusan yang dimiliki oleh ustazah ?
Ustazah Jamilah : Ustazah memiliki kelulusan sehingga STPM.
Sharifah :  Apabila ustazah mempunyai masa yang terluang , apakah yang ustazah suka lakukan ?
Ustazah Jamilah : Ustazah berminat untuk menghadiri ceramah agama dan membaca Al - Quran


Latar belakang Keluarga
Sharifah : Siapakah nama suami ustazah?
Ustazah Jamilah : Suami ustazah ialah Abdul Khodir Bin Ismail.
Sharifah : Berapakah umur suami ustazah ?
Ustazah Jamilah : 55 tahun.
Sharifah : Apakah pekerjaaan suami ustazah ?
Ustazah jamilah : Suami ustazah sudah tidak bekerja lagi dan suami ustazah merupakan bekas pesara SAME  DARBY.
Sharifah : Ustazah mempunyai berapa orang anak?
Ustazah Jamilah : Ustazah mempunyai 6 orang anak iaitu 5 lelaki dan seorang perempuan.
Sharifah : Siapakah nama mereka?
Ustazah Jamilah : Anak pertama ustazah ialah Mohd Nizar Bin Abdul Khodir.  Mohd Nizar telah berkhawin dan mempunyai seorang anak. Mohd Nizar bekerja sebagai jurutera di Petronas KLCC. Anak kedua ustazah ialah Mohd Hafiz Bin Abdul Khodir. Mohd Hafiz merupakan imam di Masjid Al-Nur. Mohd Hafiz ini mempunyai kelulusan dari Universiti Al - Azhar. Anak ketiga ustazah ialah Siti Khalidah Binti Abdul Khodir. Siti Khalidah merupakan bekas pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) . Siti Khalidah ini juga menjadi ustazah dan mengajar di Sekolah Integrasi Subang Jaya. Anak keempat ustazah ialah Mohd Ariff Bin Abdul Khodir. Mohd Ariff merupakan bekas pelajar dari Universiti Mara Teknologi (UITM)dalam bidang perakaunan dan telah bekerja di Syarikat VALKUA.  Anak kelima ustazah ialah Mohd Umair Aziz. Mohd Umair Aziz masih lagi belajar di Universiti Mara Teknologi ( UITM) di Seri Iskandar, Perak dalam bidang perakaunan. Akhir sekali, anak keenam ustazah ialah Mohd Aiman. Mohd Aiman merupakan pelajar tingkatan 2 di Sekolah Agama Bestari Subang Jaya , Selangor.
Sharifah : Wah , sungguh hebat anak - anak ustazah !
Ustazah Jamilah : Terima kasih.


Pengalaman Di Dalam Hidup
Sharifah : Sudah berapa kali ustazah mengerjakan haji dan umrah?
Ustazah Jamilah : Ustazah baru sekali mengerjakan haji dan umrah.
Sharifah : Bilakah ustazah mengerjakan haji dan umrah ?
Ustazah Jamilah : Pada tahun 2000.


Kenanagan Manis
Sharifah : Apakah pengalaman manis ketika mengerjakan haji dan umrah?
Ustazah Jamilah : Pengalaman manis ialah ustazah dapat mengerjakan haji dan umarah bersama suami tercinta , ustazah dapat berjunpa dengan kawan - kawan ustzah d Mekah yang kebetulan mengerjakan haji bersama dengan ustazah , dapat menambahkan kenalan baru , merapatkan hubungan silaturrahim dengan saudara islam yang lain ketika di Mekah dan pengalaman   paling manis ialah ustazah dapat menikmati keagungan Allah S.W.T. ketika berada di Mekah.
Kenangan Pahit
Sharifah : Bagaimana pula dengan pengalaman pahit ustazah?
Ustazah Jamilah : Ustazah telah disepak semasa ustazah mengerjakan solat di makam Ibrahim.
Sharifah : Apakah perasan ustazah ?
Ustazah Jamilah : Perasaan ustazah sangat seronok dan gembira. Ustazah ingin mengerjakan haji jika diberikan kesempatan lagi.
Pengalaman Mengajar
Sharifah : Sudah berapa lama ustazah mengajar mengaji dan menjadi guru di Tadika Islam Masjid Darul Ehsan, Selangor ?
Ustazah jamilah : Usatazah sudah mengajar selama 30 tahun.
Sharifah : Bilakah ustazah mula mengajar?
Ustazah Jamilah : Ustazah telah mengajar sejak berumur 23 tahun lagi.
Aktiviti Mengaji Di Rumah Ustazah Jamilah
Sharifah : Di manakah tempat ustazah mengajar ?
Ustazah Jamilah : Biasanya , ustazah mangajar di Tadika Islam Masid Darul Ehsan , Madjid Al- Nur dan di rumah ustazah iaitu di USJ 3C.
Sharifah : Pada pukul berapakh aktiviti mengaji di rumah ustazah dijalankan ?
Ustazah Jamilah : Biasanya pada waktu petang antara pukul 3 hingga 5 petang manakala pada waktu malam pula antara pukul 8 hingga 9 malam.
Sharifah : Adakah aktiviti ini mempunyai umur yang dihadkan oleh ustazah atau terbuka kepada semua individu tanpa mengira umur mereka ?
Ustazah Jamilah : Tidak sharifah , ustazah tidak memilih individu itu walaupun individu itu mempunyai umur sama dengan ustazah. Usatzah mengajar mengaji kepada individu yang beminat untuk mendalami atau memahami  maknaAl -Quran.
Sharifah : Betul juga kata ustazah itu. Berapakah umur anak ustazah yang paling muda sekali ?
Ustazah Jamilah : Anak murid ustazah yang paling muda sekali iaitu berumur 4 tahun.
Sharifah : Bagaimanakah ustazah membuat penilaian terhadap individu yang tidak tahu membaca Al -Quran ?
Usatzah Jamilah : Pada pendapat ustazah , individu tersebut mestilah memulakan bacaan atau mengenali huruf  Al - Quran melalui Iqra 1 kemudian membaca Iqra 1 sehingga Al - Quran. Individu itu dikehendaki membaca atau belajar secara berperingkat - peringkat dahulu.
Sharifah : Berapakah bayaran yang dikenakan oleh ustazah untuk mengajar mengaji ?
Ustazah Jamilah : Ustazah tidahk mengenkan bayaran kerana mereka akan membayar kepada ustazah mengikut kemampuan masing - masing.
Sharifah : Berapakah jumlah orang yang mengaji di rumah ustazah ?
Ustazah Jamilah : Di awal usia 4 tahun sehingga berumur 16 tahun iaitu tingkatan 4. Jadi jumlah kesemua anak murid ustazah iaitu  15 orang anak murid.
Sharifah : Berapakah orang anak murid lelaki atau anak murid perempuan ?
Ustazah Jamilah : Ustazah mempunyai 11 orang anak murid lelaki dan 4 orang murid perempuan.
Sharifah : Adakah anak - anak murid ustazah tinggal di kawasan yang dekat dengan kawasan rumah ustzah atau tinggal di luar dari kawasan USJ 3C ?
Ustazah Jamilah : Tidak , anak - anak murid ustazah biasanya tinggal di kawasan USJ 3C dan  merupakan penduduk setempat di USJ 3C.
Sambutan Terhadap Orang Ramai
Sharifah : Bagaimanakah  dengan sambutan akitivi ini  terhadap orang ramai ?
Ustazah Jamilah : Sambutan orang ramai terhadap aktiviti mengaji amat menggalakkan terutamanya daripada pihak ibu bapa.
Masalah Yang Di Hadapi
Sharifah : Adakah Ustazah menghadapi masalah ketika mengajar ?
Ustazah Jamilah : Ya. Sebenarnya ustazah menghadapi dua masalah iaitu anak murid ustazah yang nakal dan kurang atau tidak membaca ketika menunggu giliran untuk membaca Al -Quran.
Cara Untuk Menyelesaikan Masalah ini
Sharifah : Apakah cara untuk menyelesaikan masalah ini ?
Ustazah Jamilah : Caranya ialah ustazah perlu bersabar dengan sikap anak murid ustazah.
Cadangan
Sharifah : Apakah cadangan untuk meningkatkan dan menarik perhatian remaja untuk mendalami atau memahami Al - Quran ?
Ustazah Jamilah : Bagi pendapat ustazah, ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dengan mengajar atau mendidik anak - anak mereka sejak kecil lagi untuk belajar jawi , agama,  dan membaca Al - Quran.
Harapan
Sharifah : Apakah harapan ustazah ?
Ustazah Jamilah : Ustazah berharap agar penduduk USJ 3C akan pandai membaca Al - Quran dan belajar secara ikhlas untuk mendalami agama islam.
Komen
Sharifah : Apakah komen ustazah mengenai remaja sekarang yang tidak mahu belajar mengaji ?
Ustazah Jamilah : Mengaji Al - Quran ini amat penting kerana Al - Quran merupakan kalam mulia daripada AllaH S.W.T. Sesiapa yang tidak mahu mengaji maka mereka merupakan daripada golongan yang rugi.
Penutup
Sharifah : Setakat ini sahaja temu ramah dengan ustazah. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan sharifah demi membantu sharifah menyiapkan tugasan agama ctu ini.
Ustazah Jamilah : Baiklah. Sama -sama dan ustazah akan selalu membantu sharifah sekiranya sharifah memerlukan bantuan dari ustazah.




No comments:

Post a Comment