USTAZAH JAMILAH

USTAZAH JAMILAH

Sunday, 31 July 2011

PENGHARGAAN

Assalamuailaikum. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Syed Sallehuddin Bin Syed Sallehudin dan Soraya Binti Mohd Yusoff kerana membantu dan memberikan sokongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan agama ctu 101 dari segi mental dan fizikal. Kemudian, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ustazah saya iaitu Ustazah Jamilah kerana telah membantu dan sudi untuk di temu ramah oleh saya bagi menyiapkan tugasan agama ini. Ustazah Jamilah juga sudi meluangkan masa dan memberikan keizinan untuk saya mengambil gambar Ustazah Jamilah ketika Ustazah Jamilah semasa mengajar mengaji di rumah Ustazah Jamilah. Di samping itu, Ustazah Jamilah membenarkan saya untuk mengambil gambar bersama -sama dan membenarkan saya untuk mengambil gambar tentang Tadika Islam Masjid Darul Ehsan Selangor iaitu tempat Ustazah Jamilah mengajar murid - murid tadika. Tidak lupa juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada  Ustaz Aziz iaitu Ustaz yang mengajar agama di dalam kelas BM1Bh kerana memberikan tunjuk ajar dan menerangkan cara - cara untuk membuat laman web ini atau dikenali sebagai blog. Ustaz Aziz juga telah menujuk atau memberikan contoh -contoh blog sebelum ini untuk dijadikan rujukan kepada saya. Akhir sekali , saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan -kawan saya kerana telah memberi pertolongan ketika saya memerlukan mereka bagi menyiapkan blog untuk tugasan agama ini.  

No comments:

Post a Comment