USTAZAH JAMILAH

USTAZAH JAMILAH

Sunday, 31 July 2011

CTU 101

TAJUK : USTAZAH JAMILAH


DISEDIAKAN UNTUK : USTAZ ABDUL AZIZ BIN HAJRIN


DISEDIAKAN OLEH :


NAMA : SHARIFAH NADHIRA BT SYED SALLEHUDDIN


NO MATRIK : 2011636092


KUMPULAN : BMD1Bh


PROGRAM : DIPLOMA ANALISIS PELABURAN


TARIKH HANTAR : 1 OGOS 2011

ISI KANDUNGAN

* PENGENALAN
* PENGHARGAAN
* BIODATA USTAZAH JAMILAH
* RUJUKAN
* KOLEKSI GAMBAR TENTANG TADIKA ISLAM MASJID DARUL EHSAN
* KOLEKSI GAMBAR SEMASA AKTIVITI MENGAJI
* KOLEKSI GAMBAR BERSAMA USTAZAH JAMILAH
* SESI TEMU RAMAH BERSAMA USTAZAH JAMILAH
- BIODATA
- PENDIDIKAN
- LATAR BELAKANG KELUARGA
- PENGALAMAN DI DALAM HIDUP
- KENANGAN MANIS
- KENANGAN PAHIT
- PENGALAMAN MENGAJAR
- AKTIVITI MENGAJI DI RUMAH USTAZAH JAMILAH
- SAMBUTAN TERHADAP ORANG RAMAI
- MASALAH YANG DI HADAPI
- CARA UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH INI
- CADANGAN
- HARAPAN
- KOMEN
- PENUTUP

PENGENALAN

Tajuk blog ini iaitu mengenai Ustazah saya iaitu Ustazah Jamilah. Sebenarnya, saya dan keluarga telah berpindah ke Subang Jaya , Selangor. Sebelum ini , saya dan keluarga pernah tinggal di Chendering , Terengganu kemudian berpindah ke Subang Jaya ketika itu ibu bapa saya menghadapi masalah untuk mencari ustazah bagi mengajar saya dan adik -adik tentang mengaji Al- Quran termasuk sekali dengan hukum tajwid ketika membaca Al - Quran. Akhirnya , berkat usaha ibu bapa mencari ustazah bagi mengajar kami , ibu bapa saya telah berjaya mendapatkan no telefon Ustazah Jamilah dan terus pergi menemui Ustazah Jamilah unuk menanyakan tentang kesudian Ustazah Jamilah mengajar mengaji. Rupa -rupanya Ustazah Jamilah sebenarnya tinggal berhampiran dengan rumah saya iaitu satu kawasan perumahan saya, Saya dan adik -adik saya belajar mengaji dari mula sehingga ke peringkat Al - Quran. Saya telah khatamkan Al - Quran ketika belajar mengaji dengan Ustazah Jamilah. Ustazah Jamilah seorang yang baik hati dan tetap sabar dengan perangai kami semua.

PENGHARGAAN

Assalamuailaikum. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Syed Sallehuddin Bin Syed Sallehudin dan Soraya Binti Mohd Yusoff kerana membantu dan memberikan sokongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan agama ctu 101 dari segi mental dan fizikal. Kemudian, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ustazah saya iaitu Ustazah Jamilah kerana telah membantu dan sudi untuk di temu ramah oleh saya bagi menyiapkan tugasan agama ini. Ustazah Jamilah juga sudi meluangkan masa dan memberikan keizinan untuk saya mengambil gambar Ustazah Jamilah ketika Ustazah Jamilah semasa mengajar mengaji di rumah Ustazah Jamilah. Di samping itu, Ustazah Jamilah membenarkan saya untuk mengambil gambar bersama -sama dan membenarkan saya untuk mengambil gambar tentang Tadika Islam Masjid Darul Ehsan Selangor iaitu tempat Ustazah Jamilah mengajar murid - murid tadika. Tidak lupa juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada  Ustaz Aziz iaitu Ustaz yang mengajar agama di dalam kelas BM1Bh kerana memberikan tunjuk ajar dan menerangkan cara - cara untuk membuat laman web ini atau dikenali sebagai blog. Ustaz Aziz juga telah menujuk atau memberikan contoh -contoh blog sebelum ini untuk dijadikan rujukan kepada saya. Akhir sekali , saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan -kawan saya kerana telah memberi pertolongan ketika saya memerlukan mereka bagi menyiapkan blog untuk tugasan agama ini.  

BIODATA USTAZAH JAMILAH

Nama : Jamilah Binti Abdul Hamid
Umur : 53 tahun
Pekerjaan : Ustazah dan Guru tadika
Tarikh Lahir : 19 / 7 / 1958
Tempat Lahir : Kedah
Kelulusan : STPM
Nama suami : Abdul Khadir Bin Ismail
Umur : 55 tahun
Tempat Lahir : Kedah
Pekerjaan : Pesara
Nama anak : Mohd Nizar, Mohd Hafiz,Siti Khalidah, Mohd Ariff , Mohd Umair Aziz dan Mohd Aiman

RUJUKAN

Sesi temu ramah ini bersama Ustazah Jamilah boleh dirujuk oleh

(a) No 25 jalan usj 3c/ 6 47610 subang jaya , selangor.
(b) No telefon Ustazah Jamilah iaitu 019 - 2341907.